Wednesday, June 24, 2015

Bisnes Printing Tanpa Modal Dari Rumah 




Tanpa modal!

Ok. Awal sekali bila sebut pasal bisnes printing atau cetakan ini, saya akan terfikirkan beberapa perkara ini:

   - Nak beli mesin cetak.
   - Nak ada kedai.
   - Nak ada pekerja sendiri.
   - Nak ada pengalaman buat cetakan.
   - Nak kena ada tempat simpan stok.

Dan semua di atas memerlukan modal. Setuju tak? Saya pasti ramai yang angguk bila saya kemukakan soalan tersebut. Betul? Ya memang betul, itulah tanggapan pertama saya, dan apa yang selama ini saya tahu.

Tetapi, jangan terkejut apabila saya katakan bahawa terdapat cara atau rahsia yang ramai tak tahu, bahawasanya bisnes printing ini boleh dilakukan tanpa modal yang saya sebutkan tadi, dan ianya boleh dilakukan di rumah, samada sepenuh masa atau sekadar nak menambah pendapatan sampingan.



"Bro, apa lu nak kencing gua ni?"

Tak. Saya tulis ni bukan main-main. Memang wujud bisnes tanpa modal. Yang kata tak wujud itu adalah mereka yang tidak faham konsep, dan tidak pernah sertai mana-mana bisnes yang boleh dianggap tidak memerlukan modal permulaan. Ya. Ia memang wujud.

Bisnes printing adalah satu perniagaan yang semakin hari mendapat permintaan yang tinggi. Ramai yang dah ceburi bisnes ini tetapi tidak ramai yang kongsikan cara mereka mulakan bisnes lumayan pada umum.

Lihat sahaja beberapa peristiwa sebelum ini, dan impak hebat yang diberikan kepada bisnes printing terutama cetakan baju T-Shirt.


Itu belum cerita lagi mengenai bisnes printing seperti kad raya ekslusif custom made sepertimana saya terima kad-kad raya daripada ramai blogger Malaysia ... siap ada gambar sendiri, ada logo, ada url blog ... termasuk juga dari pemilik-pemilik bisnes online yang hantar kad raya custom made..

Lepas tu, bisnes kad nama, bisnes flyers, bisnes banner, dan bisnes kad kahwin ... ini semua merupakan bisnes printing yang sememangnya ada pemintaan sepanjang masa, in Sha Allah, menjana pendapatan lumayan setiap bulan.

Bisnes kad kahwin! Ni boleh dianggap bonus bagi usahawan yang buat bisnes cetakan ni... sebabnya ia bermusim. Dan ia dicetak dalam jumlah yang besar ...bayangkan jika setiap kad kahwin ditempah sebanyak 500, harga pula anda letak dalam RM0.80  ... dah buat sale sebanyak RM400. Itu dari satu kad kahwin, kalau ada 5 tempahan? dan modal anda adalah kosong!



Ok. Saya dah berikan logik mengapa bisnes printing ini sangat best dan antara bisnes terlajak laris masa kini.

Sekarang, nak jawab pertanyaan, bagaimanakan nak melakukan bisnes ini secara tanpa modal dari rumah?

Jawapannya ialah outsourse.

Anda tidak perlu ada mesin, tidak perlu simpan stok, tidak perlu kedai, tidak perlu pekerja, tidak perlu susah payah nak pelajari selok belok bidang percetakan. Apa yang perlu anda tahu ialah di mana nak dapatkan sumber outsource bagi membolehkan anda jalankan bisnes untung ganda-ganda ini. Ok, saya nak berikan rahsia besar untuk anda berjaya di dalam bisnes printing tanpa modal ini.




Kelebihan Bisnes Printing


    - Ia satu bisnes sampingan dari rumah yang boleh anda lakukan.
    - Ia satu bisnes yang boleh anda lakukan tanpa modal.
    - Ia bisnes yang boleh anda lakukan samada secara online mahupun offline.
    - Ia bisnes yang boleh diwarisi.
    - Ia bisnes keuntungan lumayan.
    - Ia bisnes produk hot.
    - Ia bisnes produk pelbagai.


Sekarang, adakah anda berminat nak mulakan bisnes ini untuk diri dan keluarga anda? Jika ada sedang mencari peluang, inilah peluang untuk anda. Peluang untuk ada bisnes sendiri, tanpa memerlukan modal besar, tanpa pening fikir pasal premis perniagaan, tanpa pening fikir mengenai simpanan stok dan macam-macam lagilah ....


Boleh ke www. bisnesprinting.com untuk terus belajar menjana pendapatan RM 1000 - RM 3000 sebulan dengan bisnes printing .


0 comments:

Post a Comment